Tawaran ini hanya dikhaskan untuk mana-mana institusi pengajian agama, institusi pendidikan Islam, badan dakwah dan yang seumpama dengannya sahaja.

Jika sekiranya anda berminat untuk mempunyai sampul duit raya yang tersendiri dan dalam masa yang sama menambahkan dana kewangan anda melalui jualan sampul duit raya, maka kami di sini sedia membantu anda.

Membuat kebajikan bukanlah sukar sebenarnya. Ianya tidak terbatas kepada pemberian semata-mata, bahkan sedikit bantuan dan pertolongan yang dihulurkan untuk meringankan bebanan seseorang juga sudah dikira sebagai suatu kebajikan. Atas semangat inilah, kami di sini sedia membantu anda. Semoga rahmat dan keberkatan Allah s.w.t. sentiasa bersama dengan perniagaan kami ini.

Contoh di atas adalah contoh sampul surat Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang kami rekabentuk. Jika sekiranya ada yang berminat, sila hubungi kami terus untuk mendapatkan sebut harga yang ISTIMEWA.










Sempena dengan kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak yang kemudiannya akan disusuli dengan bulan Syawal, pihak syarikat dengan ini mengalu-alukan sebarang tempahan dari mana-mana individu, syarikat, pertubuhan dan seumpamanya yang berminat untuk mendapatkan sampul kad raya bagi sesi 1430H/2009M

Sampul duit raya bukan sahaja merupakan salah satu cara untuk anda menghargai para pelanggan yang telah sekian lama setia bersama anda selama ini. Ianya juga merupakan satu bentuk promosi perniagaan yang efektif dan memberikan gambaran ekslusif bagi diri anda.

Direkabentuk secara eksklusif dan didatangkan dalam dua saiz yang berbeza pada harga serendah RM395. Rekabentuk adalah “customized” dan anda boleh memilih untuk meletakkan konsep mengikut citarasa anda yang tersendiri.

Tempahan hanya diterima sebelum 31hb Ogos 2007 bersamaan 10hb Ramadhan 1430 sahaja. Sebarang tempahan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

Spec: Art Paper 130gsm, Full Color.
Kuantiti: 1250 keping
Sampul Duit Raya I : RM445 ( 79.5mm x 154mm )
Sampul Duit Raya II: RM395 ( 81.5mm x 100mm )

Kuantiti: 2500 keping
Sampul Duit Raya I: RM670
Sampul Duit Raya II: RM620

Kuantiti: 5000 keping
Sampul Duit Raya I : RM995
Sampul Duit Raya II: RM970

Kuantiti: 10000 keping
Sampul Duit Raya I: RM1496
Sampul Duit Raya II: RM1376

KLIK DI SINI untuk mendapatkan borang tempahan. Hantarkan kembali kepada kami dan nantikan maklum balas dari kami dalam masa 24-48 jam.




Sempena dengan kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak, pihak syarikat dengan ini mengalu-alukan sebarang tempahan dari mana-mana individu, syarikat, pertubuhan dan seumpamanya yang berminat untuk mendapatkan Taqwim Ramadhan bagi sesi 1430H/2009M.

Tempahan akan dibuka sehingga hari Sabtu 15hb Ogos 2009 bersamaan 24hb Sya'ban 1430. Tempahan selepas dari tarikh tersebut masih lagi diterima. Walau bagaimanapun, tempahan hanya akan sampai di tangan anda antara 5-7 hari bekerja dan ini bermakna Bulan Ramadhan sudah pun bermula.

Spec: A4 ( 210mm x 297mm ) Simili 100gsm
Kuantiti : 1000 keping
1 Warna: RM160/16 sen sekeping
2 Warna: RM243/24 sen sekeping
4 Warna: RM440/44 sen sekeping

Spec: A3 ( 297mm x 420mm ) Simili 100gsm
Kuantiti : 1000 keping
1 Warna: RM216/21 sen sekeping
2 Warna: RM296/29 sen sekeping
4 Warna: RM494/49 sen sekeping

PROMOSI KHAS UNTUK TAQWIM RAMADHAN 1430H/2009M
Spec: A4 ( 210mm x 297mm ) Art Paper 100gsm
Kuantiti : 1000 keping + PERCUMA 250 keping
Harga: HANYA RM299

*** Hanya cetakan 4 warna (full color) sahaja 'available' untuk Art Paper.
*** Harga cetakan untuk A3 Art Paper 100gsm adalah sama dengan A3 Simili 100gsm 4 warna (full color) iaitu RM494

KLIK DI SINI untuk mendapatkan borang tempahan. Hantarkan kembali kepada kami dan nantikan maklum balas dari kami dalam masa 24-48 jam.

Flyers Permata Hijrah


Flyers One Drop Perfumes

Anda memerlukan risalah untuk melebarkan lagi sayap perniagaan anda, mewarwarkan promosi produk terhebat masa kini atau seumpamanya ... Kami di sini sedia membantu mengembangkan perniagaan anda.

Sememangnya sukar untuk menafikan bahawa Flyers, Brochure, Pamphlet, Leaflet, Handbill atau yang seumpama dengannya adalah merupakan antara salah satu cara promosi yang termurah dan paling efektif. Edarkanlah risalah anda di ekspo, pameran, gedung membeli-belah, kedai, kaunter, kiosk dan pelbagai tempat lagi yang anda fikirkan strategik, Insya Allah, anda akan pulang dengan menerima ratusan jika tidak puluhan panggilan dan seterusnya tempahan dari mereka.

KLIK DI SINI untuk mendapatkan borang tempahan. Hantarkan kembali kepada kami dan nantikan maklum balas dari kami dalam masa 24-48 jam.

Anda tentunya biasa melihat sampul surat (envelope) syarikat yang dilengkapi dengan nama syarikat, logo dan alamat. Ianya melambangkan kredibiliti dan kestabilan sesebuah institusi tersebut. Hanya dengan melihat sampul surat sahaja, seseorang boleh mengetahui dari mana surat ini datang. Ianya mungkin nampak terlalu remeh namun peranannya cukup besar dalam mengembangkan dan memperkukuhkan empayar perniagaan anda.

Sekali lagi, kami di sini sedia membantu mengembangkan perniagaan anda.


Sampul surat ini didatangkan dengan beberapa ciri tambahan seperti window, blue security line, security slit dan peel seal.


KLIK DI SINI untuk mendapatkan borang tempahan. Hantarkan kembali kepada kami dan nantikan maklum balas dari kami dalam masa 24-48 jam.