DZA SMART TECH Integrated telah ditubuhkan pada 22 November 2006. Ianya merupakan sebuah syarikat pemilikan tunggal milik seorang usahawan muda bernama Abdul Hadi Bin Ismail. Beliau merupakan seorang graduan dalam jurusan Pengajian Islam dari University of Wales, Lampeter dan kini sedang melanjutkan pengajian Sarjana Shariah dan Ekonomi di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau juga berkhidmat sebagai salah seorang tenaga pengajar di Universiti Darul Iman Malaysia (Kampus KUSZA).

Bermula sebagai seorang usahawan dalam bidang komputer, telekomunikasi dan percetakan semenjak tahun 2005, kini beliau bertekad untuk memulakan langkah agresif memacu syarikat agar memberikan sepenuh tumpuan terhadap bidang perkhidmatan percetakan.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah percetakan kad nama, kad perniagaan l risalah (flyers and brochure) l poster l penanda buku l kad kahwin, kad jemputan l poskad l kepala surat (letterhead) l menu l buku, majalah, buletin l dokumen perniagaan (receipt, invoice, delivery notice (DO), purchase order (PO) etc.) l sampul surat (envelope) l beg kertas l buku nota l sampul duit l kalendar meja l fail l bunting, banner dan pelbagai lagi.

Kini DZA SMART TECH Integrated diterajui oleh:
Abdul Hadi Bin Ismail – Pengurus
Rose Maliza Binti Besar – Penolong Pengurus
Ahmad Taufiq Bin Ismail – Eksekutif Pemasaran

Syarikat swasta, badan kerajaan, pertubuhan mahupun individu yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan, sila KLIK DI SINI untuk menghubungi kami.

Sokongan dan kerjasama anda amatlah dihargai.

KLIK DI SINI untuk kembali ke blog utama DZA SMART TECH Integrated dan layari blog-blog kami yang lain.